Selamat Kembali Ke Sekolah!

Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin,

"Selamat Kembali Ke Sekolah!

Pagi tadi kami ke SMK Cochrane dan SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur untuk meninjau keadaan hari pertama murid kembali ke sekolah. Nampaknya semua warga sekolah bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan dan sentiasa beringat dengan peraturan serta kebiasaan baharu.

Walaupun dalam keadaan yang sudah berbeza, guru dan murid-murid nampak cukup teruja kerana dapat bertemu dan kembali belajar bersama-sama di dalam bilik darjah.

Semoga urusan hari ini dan seterusnya berjalan lancar untuk semua warga sekolah."

(UKK 24 Jun 2020)

  • Hits: 6905

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 11 Disember 2023, 15:38.