Sekolahku Universitiku

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukan sebanyak RM2 juta bagi pelaksanaan program Sekolahku Universitiku.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk aktiviti pada tahun 2019 manakala baki RM1.5 juta bagi tahun 2020.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik ketika merasmikan Program Sekolahku Universitiku di SK Bukit Pantai, Kuala Lumpur hari ini.

“Sekolahku Universitiku” adalah salah satu usaha menggalakkan mahasiswa dan universiti untuk membantu menambah baik fasiliti dan pembangunan akademik di sekolah-sekolah yang terpilih mengikut bidang dan keupayaan masing-masing.

 
 
(UKK 22 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 3684

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 Mei 2023, 13:43.