Sekolah Aliran Islam Diseru Manfaatkan Pendidikan TVET

Sekolah-sekolah aliran Islam perlu menceburi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi kekal relevan dalam sistem pendidikan, nasihat Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik pada sesi Bicara Minda Program Iftar Amal Perdana Institusi-institusi Pendidikan Islam Swasta Malaysia di Putrajaya, semalam.

YB Dr. Maszlee juga turut menekankan peranan Institusi Pendidikan Islam dalam menerapkan nilai-nilai "Kegembiraan, Kasih Sayang dan Saling Menghormati" dalam pendidikan.

Terdahulu majlis dihadiri kira-kira 800 orang tetamu yang terdiri daripada wakil dari sekolah-sekolah di bawah Yayasan Takmir Pendidikan, Yayasan Pendidikan Islam Aman dan Institusi Pendidikan Hira diserikan dengan tazkirah Ramadan daripada Imam Muda Ashraf.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

 
 
 
 
(UKK 24 Mei 2019)
  • Hits: 4077

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 11 Disember 2023, 15:38.