Saya Terima Amanah Ini Dengan Penuh Keinsafan - YB Dr. Radzi Jidin
YB Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan tiba di pejabatnya di Kementerian Pendidikan hari ini. Ketibaan beliau di sambut oleh YBhg Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM dan YBhg Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Beliau seterusnya telah diberi taklimat dan sesi soal jawab memahami isu-isu berkaitan pendidikan oleh barisan pengurusan tertinggi KPM.
YB Dr. Radzi berkata, “Saya menerima amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri kepadanya dengan penuh keinsafan. Saya rasa berbesar hati pada masa sama rendah diri kerana diberi amanah besar ini. Saya sedar rakyat meletakkan harapan tinggi supaya sistem pendidikan negara dapat melahirkan generasi cemerlang,”
“Perkara pertama yang saya akan lakukan ialah untuk memahami dan mendalami konteks, situasi, isu serta perkara-perkara yang perlu ditangani dan prioriti yang mana yang kita ingin tekankan terlebih dahulu," katanya kepada media.
- Hits: 7107