Sambutan Hari Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia
Bertemakan "Integriti di Hatiku", YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan hari ini merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di Dewan Za'ba, KPM.
Sambutan Hari Integriti KPM merupakan manifestasi komitmen KPM untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman serta penghayatan integriti dalam kalangan warganya. Ini selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pengukuhan integriti dalam tadbir urus negara.
Pada majlis ini juga turut disampaikan Anugerah Tokoh Teladan Integriti bagi memberikan pengiktirafan kepada warga kerja KPM yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek kerja berintegriti, berdisiplin tinggi dan mempamerkan keutuhan nilai-nilai peribadi unggul yang boleh dijadikan role model atau contoh ikutan yang baik.
Senarai penerima Anugerah Tokoh Teladan Integriti KPM bagi tahun 2019 adalah:
Kategori Pengurusan & Profesional
1. Dr. Guan Eng Chan
Kategori Anggota Kumpulan Pelaksana
1. Pn. Nor Farhana binti Mohd Zulkifli
Hadir sama, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM, Encik Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM dan YBrs. Encik Abdul Razak Deraof, Ketua Unit Integriti KPM,
- Hits: 4409