Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27 Mac 2020

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April 2020 selama 10 hari, bermula 10 pagi-10 malam bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Satu Majlis Pra-pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah adakan pada khamis lalu dan disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

Selari dengan amanat YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan yang inginkan rakyat menanamkan sifat membaca, PBAKL ini adalah lokasi terbaik untuk hadir mendapatkan buku-buku bacaan yang diminati dengan harga yang sangat berpatutan.

Keistimewaan PBAKL tahun ini adalah menjadi program mercu kepada Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020) yang telah dianugerahkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Di sini juga diadakan Program Inisiatif Belian Buku Pusat Sumber bagi semua Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sepanjang PBAKL 2020 oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

(UKK 14 Februari 2020) 
 
  • Hits: 215
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.