Pertemuan Ketua Setiausaha KPM Bersama Pihak Pengurusan JPN Perlis

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dato' Dr. Mohd Gazali Abas meneruskan lawatan rasmi ke Perlis dengan mengadakan perjumpaan bersama-sama pegawai pengurusan di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di sini hari ini.

Pada sesi pertemuan berkenaan, Dato' Dr. Mohd Gazali Abas telah diberikan taklimat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Tuan Haji Izmi Haji Ismail berkaitan pengoperasian sekolah di negeri berkenaan.

Turut hadir pada sesi berkenaan Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM Encik Noor Azman bin Abdul Rahman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset KPM Datin Paduka Roslinah binti Md Jani.

 
 
(UKK 16 November 2019) 
 
  • Hits: 511
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.