Pertemuan Dua Hala Bersama Menteri Pendidikan Vietnam Dan Singapura
YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia turut meluangkan masa mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatnya dari Vietnam, YB Prof. Dr. Phung Xuan Nha.
Pertemuan berlangsung lebih kurang sejam.
Selain itu, YB Dr Maszlee juga mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pendidikan Singapura, YB Ong Ye Kung.
Singapura dan Vietnam merupakan antara negara yang menyertai Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-50 yang kini berlangsung di Bandar Sunway, Selangor.
Persidangan itu bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 25 Julai 2019.
Turut hadir pada sesi perbincangan YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan; YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; YBhg Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) dan YBrs Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Hits: 3615