Pertandingan Tun Fatimah Innovation Challenge (TFi-C)
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pertandingan Tun Fatimah Innovation Challenge (TFi-C). Majlis Perasmian Penutup TFi-C telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan Bestari, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
TFi-C merupakan pertandingan pengaturcaraan dan pembangunan robotik yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh dari seluruh negara. Pertandingan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu VEX EDR, VEX IQ, VEX Decathlon dan Embedded System Programming.
YB Dr. Maszlee smasa menyampaikan ucapan beliau berkata, budaya kecemerlangan perlu diterapkan bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum malah perlu dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan.
Beliau turut menyeru
agar sekolah cemerlang dapat berkongsi pengetahuan dan kepakaran terutama dalam bidang pembangunan robotik dengan sekolah - sekolah lain.
"Jadikan mereka sekolah angkat," tambah YB Dr. Maszlee.
Melalui aktiviti pengaturcaraan dan pembangunan robotik, para pelajar dapat memupuk sifat kasih sayang, optimis, dinamik dan berdaya saing tinggi.
Pertandingan ini merupakan tempat atau landasan awal untuk para pelajar mempersiapkan diri masing-masing ke arah Revolusi Industri 4.0.
Turut hadir YBrs. Encik Aidie Jantan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBrs. Cikgu Kamisah Aziz, Pengetua Sekolah Tun Fatimah.
Senarai penuh juara pertandingan:
VEX EDR - Malay College Kuala Kangsar (MCKK) B
VEX IQ - Sekolah Alam Shah (A) + Sekolah Tun Fatimah (A)
VEX Decathlon - Sekolah Alam Shah
Embedded System Programming - Sekolah Tun Fatimah (A)
- Hits: 4705