Pertandingan KV Skills Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 2020

Bermula 9 - 12 Mac 2020, Pertandingan Kolej Vokasional Skills Kali ke-5 Tahun 2020 telah diadakan di KV Arau, Perlis. Bertemakan We Create Our Future, penganjuran pertandingan KV Skills merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) untuk mencungkil bakat, kreativiti dan daya inovasi dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional.

Pertandingan ini telah menghasilkan beberapa orang pelajar KV ke pertandingan WorldSkills Malaysia Belia, ASEAN dan WorldSkills Competition. Seorang pelajar perempuan dari KV Kajang bidang Automotif telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Skills Competition di Singapura pada bulan Julai 2020.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail, Raja Muda Perlis hari ini menyerikan lagi Majlis Perasmian Penutupan Kolej Vokasional (KV) Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2020 sekaligus menyempurnakan majlis perasmian penutupan ini.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah)

(UKK 12 Mac 2020) 
 
  • Hits: 9163

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.