Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional 2019
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching hari ini menyempurnakan Program Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional 2019 di Putrajaya.
PSH merupakan pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun dan ke atas kecuali pelajar profesional. PSH memastikan masyarakat mendapat peluang pendidikan merentasi peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran.
Justeru, inisiatif ini akan memperkasa modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam usaha Kerajaan mentransformasikan rakyat Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Kamel Bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik), Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBrs. Ts. Dr. Mohammad Naim Bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Hits: 3702