Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/KPM/UKK/Galeri2019/0221_Peranan_Sekolah_Antarabangsa_Dihargai

Peranan Sekolah Antarabangsa Dihargai

Penubuhan sekolah antarabangsa di negara ini merupakan antara faktor utama yang mampu menarik pelaburan asing secara langsung, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama di rantau ini.

Tidak hanya dilabel sebagai sekolah elit atau khusus untuk golongan atasan, sekolah antarabangsa banyak melahirkan bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang, khususnya kesenian, menyokong dasar kerajaan menerusi pelbagai kerjasama.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching berkata, sekolah-sekolah antarabangsa turut berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi program dwibahasa.

"Peranan sekolah seumpama ini sangat signifikan kepada keperluan kanak-kanak untuk belajar dalam suasana kepelbagaian budaya, menghormati persamaan dan perbezaan bagi menyediakan generasi pelapis kepimpinan secara global," kata beliau ketika berucap merasmikan bangunan baharu Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) di Ampang Hilir, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Menteri Luar Negeri, YB Dato' Saifuddin Abdullah; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr. Xavier Jayakumar; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ISKL, YBrs Kelly O' Hale; Pengetua ISKL, YBrs Dr. Norma Hudson, dan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas KPM, YBrs Hamizar Abd Hadi

{gallery}KPM/UKK/Galeri2019/0221_Peranan_Sekolah_Antarabangsa_Dihargai{/gallery}

  • Hits: 1151

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 Jun 2020, 15:36.