Pengumuman Keputusan SPM 2019

YBrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia hari ini mengumumkan seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil.

"Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu 77,038 calon berbanding 74,360 tahun 2018," katanya pada pengumuman keputusan SPM di Putrajaya hari ini

"Seramai 147,738 calon lagi mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 69 calon berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar meningkat tetapi pencapaian calon di bandar lebih baik.

"Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian berkenaan bertambah 0.01 peratus," katanya.

Pada tahun 2019, peratusan calon yang layak menerima sijil meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 337,773 calon berbanding 338,350 tahun 2018," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 86.72 peratus telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

"87.22 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi, 89.84 peratus menganalisis, 79.89 peratus menilai dan 89.91 peratus menguasai mencipta.

Turut hadir YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)

(UKK 5 Mac 2020) 
 
  • Hits: 7267

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.