Pembelajaran Luar Bilik Darjah Disokong Legoland

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual.

Program Pendidikan Sea Life anjuran Legoland Malaysia selari dengan matlamat PLBD bertujuan menggalakkan kreativiti dan memupuk inovasi sambil memastikan murid-murid mendapat pengetahuan dan kemahiran saintifik.

Berlangsung semalam, Majlis Perasmian nya yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu juga ianya memberi inspirasi kepada murid untuk belajar, mencintai lautan menerusi penceritaan yang menarik dan pendidikan interaktif.

Legoland juga menyerahkan sebanyak 10,000 tiket percuma ke Legoland kepada murid sekolah-sekolah luar bandar.

Hadir sama Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, Ms Thila Munusamy, Pengarah Pendidikan Johor, YBrs Encik Azman bin Adnan dan Pengarah Bahagian Sukan dan Ko-Kurikulum YBrs Encik Zainal Abas.

 
 
(UKK 26 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 3546

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 Mei 2023, 16:29.