Pemantauan Dr. Radzi Jidin Di Sekolah-Sekolah Sekitar Terengganu
Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin,
"Sekolah pertama saya singgah di Terengganu adalah SMK Chalok, Setiu, Terengganu. Sekolah ini agak berbeza dari sekolah-sekolah yang lain di mana sekolah ini berstatus Sekolah Model Khas. Selain murid dari Tingkatan 1 hingga 6, sekolah ini juga mempunyai murid sekolah rendah dari Tahun 4, 5 dan 6.
Saya yakin dengan persediaan yang rapi menepati Garis Panduan KPM, InsyaAllah sekolah ini bersedia menerima muridnya bila ia dibuka nanti."
Selain itu, Dr. Radzi turut melakukan pemantauan di sekolah-sekolah berikut:
SMKA Dato’ Haji Abbas, Tok Jiring
Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
(UKK 15 Jun 2020)
- Hits: 2838