Pemantauan Dr. Radzi Jidin Di Sekolah-Sekolah Sekitar Kelantan
Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin,
"Hari ini saya memulakan pemantauan persiapan pembukaan sekolah. Program pemantauan ini amat penting bagi memastikan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KPM dipraktikkan sebaik mungkin. Sekiranya ada ruang untuk ditambah baik, kami akan maklumkan kepada pihak sekolah.
Saya mulakan pagi ini di SMK Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan dan akan sambung ke beberapa buah sekolah lagi sepanjang hari.
InsyaAllah, kita sama-sama buat yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid dan warga sekolah apabila sesi persekolahan dimulakan semula nanti."
Selain itu, Dr. Radzi turut mengadakan pemantauan di sekolah-sekolah seperti berikut:
SMK Kadok
SMK Ketereh
SK Desa Pahlawan
SMK Selising, Pasir Puteh
SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh
Sekolah Menengah Sains, Pasir Puteh
(UKK 14 Jun 2020)
- Hits: 3109