Pelancaran Video Keselamatan Diri 'My Body Is Mine'

Peka dengan keselamatan diri kanak-kanak, Kementerian Pendidikan Malaysia semalam telah melancarkan sebuah video keselamatan bertujuan mendidik anak-anak terutamanya prasekolah mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat kepada tubuh badan mereka.

Video berjudul 'My Body is Mine' mengambil pendekatan animasi bagi membolehkan pemahaman dan penyampaian secara santai tetapi berkesan kepada kanak-kanak.

Video ini bertepatan dengan inisiatif Kementerian yang telah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dalam ucapan beliau berkata “memberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal usia mengenai sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat merupakan satu keperluan. Justeru itu, KPM mengambil inisiatif menghasilkan video ini agar kanak-kanak dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan cara yang mudah diingati dan difahami”.

78834031_2794209207284390_2364912703752896512_o.jpg 79171377_2794208840617760_6005749857732526080_o.jpg 79438181_2794208563951121_3507194230042787840_o.jpg

 
(UKK 13 Disember 2019)