Pahang English Teaching Assistant (ETA) Showcase 2019
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Pahang English Teaching Assistant (ETA) Showcase 2019.
KDYMM Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli menemani Raja Permaisuri Agong ke program itu.
Turut hadir, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.
Hadir sama, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, YBrs. Kamala Shirin Lakhdir, Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan YB Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Program Fulbright English Teaching Assistant merupakan program kolaborasi di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Amerika Syarikat dengan penyertaan seramai 14 orang guru yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat.
Program yang memasuki tahun kelapan ini, bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk mempelajari Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti seperti English Camp, lawatan sambil belajar, dan seni persembahan.
- Hits: 3342