National Symposium On The Prevention Of Violent Extremism Through Education 2019
Membawa tema ‘Mewujudkan Budaya Keamanan Tanpa Keganasan melalui Pendidikan’, Symposium dua hari The Prevention of Violent Extremism Through Education (NSPVE-E) melabuhkan tirai sekaligus mencapai objektif penganjurannya.
Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik hadir menyampaikan ucaptama penutup di ibu negara petang tadi.
Dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia dan IMAN Research, simposium ini diadakan bagi menyediakan platform bagi penggubal dasar, pendidik dan belia untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan cara-cara cegah serangan keganasan ekstremis.
Ini termasuk cara melengkapkan pelajar, semua peringkat umur, dengan pengetahuan, nilai, sikap dan tingkah laku, yang memupuk kewarganegaraan global yang bertanggungjawab, pemikiran kritis, empati dan keupayaan untuk mengambil tindakan terhadap keganasan ekstremis.
- Hits: 2972