Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin hari ini meluangkan masa menyampaikan pembentangan berkaitan Naratif Baharu Amalan Pendidikan di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), YBrs Shaari Osman dan pengarah-pengarah bahagian KPM.
 
Dalam pembentangan, Datuk Dr. Amin memberitahu, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 perlu melihat kepada dua perspektif penting iaitu meningkatkan kualiti sekolah dan dapat meningkatkan kualiti kemenjadian murid.
 
"Dua indikator ini, dua cara kita menilai ini adalah perkara paling penting dalam pendidikan," kata beliau.
 
"Kalau perubahan besar ini tidak berlaku dalam bilik darjah, dalam erti kata lain interaksi antara guru dan murid tidak berlaku, masih lagi berorientasikan guru bukan berorientasikan murid, maka tidak akan berlaku perubahan," tambah beliau.
 
Justeru beliau berkata, dalam menentukan kualiti pendidikan, KPM telah mewujudkan pelbagai instrumen bagi membantu para guru di sekolah.
 
Kata beliau lagi, bagi membangunkan kapasiti guru, KPM telah membantu para guru dengan memberikan sokongan profesional iaitu mewujudkan Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) dan juga Pemimpin Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+).
Sesi yang berlangsung selama dua jam itu telah dihadiri seramai 350 orang Pengetua, Guru Besar dan guru-guru sekitar Kuala Lumpur.
 
Pembentangan Naratif Baharu Amalan Pendidikan turut boleh disaksikan melalui eduwebtv di capaian http://splkpm.moe.gov.my.
 
 
 
(UKK 10 Apr 2019)
  • Hits: 11312

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.