Murid-Murid Teruja Menteri Pendidikan Datang Sekolah

Suasana di SK Setiawangsa pagi ini berubah dgn kehadiran YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Rata-rata yang kami temui nyata terkejut dengan kehadiran beliau, apatah lagi bila Menteri Pendidikan itu sendiri yang menyambut kehadiran murid-murid di pintu pagar sekolah seawal jam 7.00pagi.

“Gembira!" kata seorang murid yang sempat bergambar kenangan bersama dengan Menteri Pendidikan. “Selalu nampak kat TV, sekarang nampak depan mata”.

Selain di SK Setiawangsa, YB Dr. Maszlee Malik juga dijadualkan akan melawat ke SMK Keramat Wangsa hari ini.

Turut mengiringi ialah YBrs. Tuan Haji Adzman Bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

(UKK 2 Januari 2020) 
 
  • Hits: 4192

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Mac 2023, 12:52.