Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Bersama Menteri Pendidikan UK

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, yang kini dalam lawatan kerja ke United Kingdom (UK), menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN bersama Menteri Pendidikan UK, Nadim Zahawi.

Antara lain perbincangan memfokus kepada pendidikan awal, STEM, TVET dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg Dr. Habibah Abdul Rahim.

Pertemuan pagi tadi (waktu London) diadakan selari dengan penganjuran World Education Forum 2019 yang turut dihadiri YB Dr Maszlee.

49836976_2204730329565617_5671598142223548416_o.jpg 50529060_2204730246232292_1650157230038712320_o.jpg