Kunjungan Permaisuri Qatar Sheikha Moza Nasser

YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyertai sesi kunjungan dan mengucapkan selamat datang kepada Pengerusi Yayasan Qatar bagi Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF) dan Pendidikan Yang Penting (EAA), YAM Sheikha Moza Nasser ke Malaysia di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya, hari ini.

Pertemuan itu menyediakan peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama seperti kerjasama dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar, isu pendidikan, kesihatan serta berkaitan dengan memperkasa wanita, pembangunan belia dan masyarakat.

Sheikha Moza yang juga permaisuri kepada Sheikh Hamad Khalifa Al Thani, bekas Emir Qatar, tiba di Malaysia pada Ahad lalu bagi lawatan khas empat hari ke Malaysia.

YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima kunjungan Sheikha Moza.

 
 
 
 
(UKK 30 April 2019)
  • Hits: 3867

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.