Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Jurnal Creme 2019
Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Jurnal Creme 2019 yang berlangsung semalam memperlihatkan lima belas penyelidik Malaysia menerima Anugerah Highly Cited Researchers 2018.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan peringkat dunia bagi penyelidik Malaysia yang mendapat sitasi tertinggi 1% di dalam Web of Science. Bagi penyelidik, ini adalah batu loncatan ke arah menjadi Clarivate Analytics Citation Laureates.
Lima belas penyelidik itu adalah:-
Universiti Malaya
Profesor Ir. Dr. Masjuki Haji Hassan,
Profesor Dr. Wan Mohd Ashri Wan Daud, Profesor Dr. Nasrudin Abd Rahim
Profesor Madya Dr. Md. Abul Kalam
Universiti Sains Malaysia
Profesor Dr. Abd. Karim Alias,
Profesor Dr. Bassim H. Hameed,
Profesor Ir. Dr. Abdul Latif Ahmad
Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Profesor Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin Profesor Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
Universiti Teknologi Malaysia
Profesor Ir. Dr. Nor Aishah Saidina Amin, ProfesorD atuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail Profesor Dr. Zainal Salam
Universiti Sunway
Profesor Mohamed Kheireddine Aroua
Universiti Malaysia Sarawak
Dr. Ivy Tan Ai Wei
Selain itu, majlis ini memberi Pengiktirafan Jurnal Crème 2019 kepada dua puluh tujuh (27) jurnal Malaysia yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat antarabansga. Sejumlah empat (4) jurnal Malaysia menerima kategori jurnal berprestasi tinggi diindeks dalam WoS dan tujuh belas (17) jurnal berprestasi tinggi diindeks dalam Scopus manakala enam (6) jurnal menerima status berpotensi Crème 2019.
Anugerah di sampaikan oleh YBhg Dato’ Dr. Mohd Gazali Bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. Hadir sama ialah YBhg Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
- Hits: 4081