Majlis Perasmian Program Duta Guru KPM - Yayasan PETRONAS

Seramai 4,500 guru bakal menyertai Program Duta Guru Kementerian Pendidikan Malaysia - Yayasan PETRONAS dalam mempertingkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Program ini memberi tumpuan kepada guru-guru di sekolah di mana majoriti pelajarnya adalah dari golongan B40. Bertujuan memberi kesamarataan pendidikan atau ‘equal access to education’ di seluruh pelusuk negara, selari dengan aspirasi Kementerian untuk merapatkan jurang di antara sekolah bandar dan luar bandar.

Dengan adanya program sebegini, ia merupakan salah satu anjakan untuk kita terus memartabatkan profesion para guru dan mewujudkan mutu pendidikan yang kita cita-citakan.

 
(UKK 14 Disember 2019) 
 
  • Hits: 3953

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Mac 2023, 12:52.