Majlis Perasmian Penutup Simposium Health Promotion In Learning Institution 2019

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Perasmian Penutup Simposium Health Promotion in Learning Institution (HEPiLi) 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Symposium ini bertujuan bagi mewujudkan satu platform perkongsian maklumat dan amalan terbaik dari segi pelaksanaan aktiviti intervensi tingkahlaku kesihatan dan inovasi kesihatan di Institusi Pendidikan.

Membawa tema "Mobilizing Community in Learning Institutions Towards Healthy Lifestyle", ini adalah kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bersama agensi swasta BookDoc, Jordan dan Anlene.

Simposium ini melibatkan 500 orang peserta terdiri daripada guru penasihat Kelab Doktor Muda sekolah rendah dan sekolah menengah, guru penasihat Program IMFree, penyelaras PROSIS serta anggota kesihatan.

 
 
(UKK 8 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 2887

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.