Majlis Perasmian 7th Johor International Students Leaders Conference (JISLC)

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan hadir merasmikan 7th Johor International Students Leaders Conference (JISLC).

Majlis perasmian berlangsung dengan penuh meriah, uniknya perasmian dan persidangan kali ini diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid yang telah menerima pendedahan dalam dan luar negara.

JISLC merupakan sebuah pentas utama bagi menyuarakan pendapat dan idea golongan remaja. Persidangan ini berlangsung selama empat hari bermula 9 Januari sehingga 12 Januari 2020.

YB Puan Teo Nie Ching dalam ucapan beliau berkata sifat kepimpinan perlu diterapkan sejak di bangku sekolah bagi memberi penekanan murid yang bakal memimpin masa hadapan.

"Dunia kini berdepan dengan pelbagai cabaran seperti isu kesihatan, perubahan cuaca, dan isu-isu global lain dan jika tidak dibendung ianya akan berlarutan dan memudaratkan,"

"Murid-murid kini sebagai pemangkin masa depan dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah seperti ini dengan cara pemikiran yang inovatif, penyampaian yang kreatif dan kesungguhan jitu", ujarnya

Dengan kekuatan 1200 orang peserta dari seluruh pelusuk dunia, persidangan ini membawa manfaat yang besar kepada remaja kerana mereka mula didedahkan dengan isu semasa tempatan dan antarabangsa. Mereka juga mempunyai idea untuk kemajuan negara di masa hadapan kerana anak muda tonggak negara.

Selain itu, persidangan ini juga membuka peluang kepada remaja untuk menjadi pembentang pada hari tersebut yang dipanggil 'parallel speaker'.

Persidangan mengetengahkan lima topik yang hangat dan dekat di hati anak muda seperti kepentingan kesihatan mental, keusahawan dan menjaga alam sekitar.

Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Azman bin Adnan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

(UKK 10 Februari 2020) 
 
  • Hits: 6493

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2023, 10:39.