Majlis Penutupan Bengkel Pemerkasaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Bagi Sekolah Rendah dan Menengah

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemerkasaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Bagi Sekolah Rendah dan Menengah yang diadakan di Pusat Latihan Federation of Reproductive Health Associations Malaysia (FRHAM), Subang Jaya hari ini.

Bengkel ini bertujuan untuk mengadakan latihan dalam perkhidmatan kepada warga
pendidik dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperkasakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) ke arah memperkukuhkan
pengetahuan serta kemahiran murid dalam menangani gejala sosial.

Turut hadir pada majlis, YBrs. Dr. Mohamed bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM dan YBrs. Puan Syirin Junisya, Pengarah Eksekutif Federation of Reproductive Health Associations Malaysia.

 
 
(UKK 6 November 2019) 
 
  • Hits: 2943

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 September 2023, 14:39.