18 Feb 2022 - Majlis Pelancaran Yayasan Didik Negara (YDN)

Majlis Pelancaran Yayasan Didik Negara (YDN) di Auditorium Kompleks E, Putrajaya disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan diringi oleh YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan YBrs. Encik Hardian Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YDN. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan π˜”π˜°π˜€π˜¬ 𝘊𝘩𝘦𝘲𝘢𝘦 daripada institusi-institusi dan badan korporat yang terdiri daripada Bank Muamalat, Percetakan Nasional, Wysen, Takaful Malaysia, FGV Holding Berhad, Etiqa Family Takaful, Farm Fresh, EKUINAS, Pharmaniaga, Ronald McDonald House Charities, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysian Rubber Council dan yang terakhir ialah PETRONAS.

Selain itu, sebanyak 20 buah komputer riba turut diagihkan kepada 20 orang pelajar yang terpilih untuk kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka.

  • Hits: 3512

Ikuti kami di media sosial rasmi:

Β© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 15 Ogos 2022, 16:38.