Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah KPM Tahun 2020-2024

Mengamalkan sifat berintegriti dalam setiap tugas yang diamanahkan seharusnya menjadi etika yang dipegang kuat pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia, begitulah harapan YBhg. Dato Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia semasa hadir merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini.

Beliau juga menggariskan tiga strategi utama dalam pelaksanaan Pelan Anti Rasuah iaitu:

1. Memfokus kepada governans, integriti dan Anti Rasuah dalam KPM;

2. Memerangi rasuah di semua peringkat KPM selari dengan semangat dokumen panduan utama, iaitu Pelan Anti Rasuah Nasional; dan

3. Menganalisis data, mengenal pasti konteks, pengurusan risiko rasuah, perancangan senario penggubalan pelan, pemantauan dan penilaian bagi setiap tindakan.

Majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah Kementerian Pendidikan Malaysia itu telah diadakan di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(UKK 25 Februari 2020) 
 
  • Hits: 6510

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 05 Disember 2023, 15:52.