Majlis Hari Inovasi DBP 2019
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja DBP yang menghasilkan Inovasi baharu iaitu teknik bercerita bayan daripada buku kepada digital menerima Anugerah Inovasi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Majlis Hari Inovasi DBP hari ini.
Sebanyak 27 pemenang dari pelbagai agensi kerajaan dan korporat menerima Anugerah Inovasi dibawah kategori masing-masing yang disampaikan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.
YB Timbalan Menteri Pendidikan dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada DBP dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena Hari Inovasi termasuklah memberi pengiktirafan dalam bentuk insentif kepada individu dan kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi-inovasi baharu.
Hadir sama ialah Ybhg Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abang Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tahniah kepada semua pencipta Inovasi Baharu!
- Hits: 3987