Majlis Bertemu Mesra Perdana Menteri bersama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM)

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri merangkap pemangku Menteri Pendidikan hadir meluangkan masa di Majlis Bertemu Mesra Perdana Menteri bersama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) hari ini.

Seramai 1200 Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di seluruh negara hadir dalam sesi ini.

Hadir bersama YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Dr Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha dan YBrs. Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Antara intipati pesanan YAB Tun, beliau menyeru agar semua guru-guru di sekolah menggalakkan murid-murid untuk menjadikan membaca buku itu sebagai suatu amalan.

(UKK 20 Februari 2020) 
 
  • Hits: 6328

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.