Majlis Amanat & Aspirasi Perdana Menteri Merangkap Pemangku Menteri Pendidikan

Seramai 5000 orang warga Kementerian Pendidikan Malaysia hadir memenuhi Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya bagi mendengar amanat dan aspirasi yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad merangkap pemangku Menteri Pendidikan Malaysia, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBrs. Dr Habibah Abdul Rahim.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pembukaan tarian Orang Asli oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Sungai Melut, Sepang dan Persembahan bertenaga oleh Wind Orchestra Sekolah Menengah Alam Shah, Putrajaya.

(UKK 6 Februari 2020) 
 
  • Hits: 4218

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.