Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19)
YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia meluangkan masa melawat Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) petang tadi.
Beliau turut melawat gerai-gerai pameran yang turut disertai institusi pendidikan tinggi tempatan. Malah beliau juga beramah mesra dengan orang ramai dan pelajar yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara pertunjukan udara ini.
LIMA'19 yang bermula pada 26 Mac 2019 lalu akan berakhir esok.
(UKK 30 Mac 2019)
- Hits: 3588