Lawatan YB Puan Teo Ke SMK Darul Ridwan, Taiping
YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan hari ini meluangkan masa melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan, Taiping, Perak.
Dalam lawatan itu, YB Puan Teo membawa berita baik bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan peruntukan supaya semua bangunan terbabit dapat dibaik pulih demi kebajikan seluruh warga sekolah.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Tuan Nga Kor Ming merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Aulong dan Ahli Parlimen Taiping, YB Tuan Teh Kok Lim.
Sementara itu, YB Nga berkata, pihaknya dan YB Teh turut menghulurkan peruntukan kepada sekolah berkenaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan yang selamat dan selesa.
Bantuan ini akan digunakan untuk kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan sekolah.
- Hits: 4095