Lawatan YB Timbalan Menteri Pendidikan Ke Miri, Sarawak
YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia meluangkan masa sehari di Miri, Sarawak bagi meninjau kemajuan kerja pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Sungai Buri. SK Sungai Buri merupakan sekolah daif di pedalaman P2.
Projek ini melibatkan pembinaan dua Blok Bangunan Bilik Darjah (Blok A) dan (Blok B) yang menempatkan enam (6) bilik darjah di setiap blok serta pembinaan tandas.
Lawatan kemudian diteruskan ke SMK Tudan. Dengan kos sebanyak RM48 juta, projek ini melibatkan pembinaan 36 buah bilik darjah dan lain-lain kemudahan seperti blok makmal dan bengkel, pembinaan kantin, surau dan dewan serbaguna.
Dengan keadaan di SMK berdekatan yang telah sangat padat dan beroperasi dua sesi, SMK Tudan yang dijangka akan menerima bangunan baharu dalam tahun ini mampu memanfaatkan pelajar-pelajar tempatan.
KPM akan memastikan pembangunan sekolah ini akan memberi manfaat kepada semua terutamanya murid. Hal ini penting agar murid dapat memulakan persekolahan dalam keadaan yang lebih selesa dengan persekitaran fizikal yang kondusif bagi menjalankan aktiviti PdPc.
- Hits: 4038