Lawatan YB Dr. Maszlee Malik ke Sekolah-sekolah di sekitar Pontian
YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan pagi ini membuat lawatan mengejut di beberapa buah sekolah sekitar Pontian.
Sekolah yang dilawati ialah SJK (C) Ken Boon, SJK (C) Chi Mang dan SJK (C) Tah Tong.
Lihat sahaja keadaan sekolah yang terus bertukar menjadi gembira melihat keramahan Menteri Pendidikan kita.
Turut hadir YBrs Tuan Haji Shaharudin Shaari, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Perancangan), Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
(UKK 10 November 2019)
- Hits: 3098