Lawatan Rasmi Pertama YAB Perdana Menteri di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi pertama sebagai Perdana Menteri di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya sempena pengumuman keputusan SPM 2019.
Beliau turut menyampaikan keputusan peperiksaan SPM 2019 kepada 9 pelajar cemerlang yang memperolehi semua A+ dalam semua mata pelajaran di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak. "Sesungguhnya dorongan ahli keluarga memainkan peranan penting bagi melonjakkan prestasi murid. Kejayaan seorang murid juga amat berkait rapat dengan kesungguhan dan kegigihan guru-guru mendidik murid,"
Hadir sama YBhg Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha KPM dan YBrs Dr. Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Tahniah kepada semua calon SPM 2019!
- Hits: 6330