Lawatan Kerja Menteri Pendidikan ke SK Kg. Brunei, Membakut, Sabah
Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik mengadakan lawatan kerja ke SK Kg. Brunei, Membakut, Sabah disini pagi tadi.
Pada sesi lawatan tersebut beliau telah mengumumkan SK Kg. Brunei akan menerima peruntukan RM 40 ribu untuk kerja-kerja kecil infra dan elektrik bagi tahun 2019.
Selain itu pembangunan blok baharu sekolah daif iaitu Pembinaan Bangunan Gantian 6 Bilik Darjah, Blok Pentadbiran, Bilik Sains, Tandas dan lain -lain kemudahan berkaitan turut diumumkan beliau. Blok baharu ini akan dilaksanakan bermula tahun 2020.
Bagi memastikan kualiti pendidikan terutamanya peningkatan infrastruktur di sekolah-sekolah di Sabah ditingkatkan, YB Dr. Maszlee Malik turut mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk menurunkan peruntukan tambahan sebanyak RM15 juta kepada Negeri Sabah bagi penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah di negeri tersebut.
- Hits: 3570