Lawatan Hari Pertama Persekolahan Oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YBrs Dr. Habibah Binti Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Kurikulum) mengadakan lawatan bagi melihat prasarana sekolah baharu SK Putrajaya Presint 15(1). Sekolah ini beroperasi di Blok C, SMK Putrajaya Presint 18(1) dan seramai 304 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 4 yang berdaftar bagi sesi persekolahan 2020.

Beliau turut meluangkan masa bersama murid dalam sesi pembelajaran di SMK Putrajaya Presint 18(1) serta kelas melawat kelas PPKI di sekolah berkenaan.

Hadir sama Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, YBrs. Encik Zulkernai bin Fauzi dan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, YBrs Puan Hajah Farizah binti Ahmad.

 
(UKK 2 Januari 2020) 
 
  • Hits: 5049

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.