Menerokai Pengalaman Finland Memperkasa Pendidikannya 

Finland diiktiraf oleh banyak pihak sebagai negara yang berjaya mengangkat mutu pendidikannya sehingga menjadi antara yang terbaik di dunia. 
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) mengadakan lawatan kerja ke Finland untuk mempelajari perkara berkaitan pembangunan dasar pendidikan dan pelaksanaannya yang boleh menjadi input dalam usaha kita memajukan pendidikan negara selari dengan cabaran semasa dan mendatang.
 
Aspek yang diteliti dalam lawatan ini meliputi 
evolusi dasar pendidikan, faktor utama kejayaan, latihan guru, pembangunan 'Scholarly Teachers' dan 'Genrelist Teachers', pembangunan pendidikan prasekolah, menengah dan tinggi, selain peranan pendidikan vokasional. 
 
Untuk itu,  kunjungan telah dibuat ke Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Finand, Lembaga Pendidikan Nasional Finland, Viikki Teacher Training Institute, University of Helsinki, University of Tampere Teacher Training Institut and Espoo International School.
 
Lawatan diketuai oleh YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM. Turut sertai sama YBhg Dato' Sulaiman Wak, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan); YBrs Dr Jamiah Mohamad, Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM); YBrs Dr Mohd Nasrudin Basar, Pengarah PPPI IPGM; YBrs Dr Mohd Rozi Ismail, Ketua Unit Antarabangsa dan Kerjasama IPGM; YBrs En Zahirudin Mohamad Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif YGTHO .
 
Rombongan juga mengunjungi Duta Malaysia ke Finland, TYT John K Samuel, yang turut menyertai kunjungan dan perbincangan dengan agensi-agensi di Finland. 
 
 
 
(UKK 29 Mac 2019)
  • Hits: 4608

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.