Lawatan Dr. Radzi Jidin Di Lima Buah Sekolah Berasrama Sekitar Lembah Klang
Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin:
"Hari ini murid kelas peperiksaan awam di sekolah berasrama telah kembali ke sekolah bagi persediaan memulakan sesi persekolahan esok.
Antara jam 6.00 petang hingga 9.00 malam tadi saya melawat murid-murid di lima buah sekolah berasrama iaitu Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah.
Sempat saya bertanya khabar dengan anak-anak yang baru sahaja sampai dari kampung halaman. Alhamdulillah, mereka nampaknya teruja dan bersemangat untuk kembali ke sekolah serta berjumpa guru dan rakan-rakan.
- Hits: 4496