Lawatan dan Sesi Dialog YB Timbalan Menteri Pendidikan

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching hari ini mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Karak, Pahang.

Ketibaan beliau disambut oleh YBrs Encik Manimuthu Natesan, Guru Besar SJKT Karak, Pahang.

Pada masa yang sama, YB Puan Teo turut meluangkan masa untuk berdialog bersama guru besar-guru besar SJKT Pahang.

Dalam lawatan dan sesi dialog tersebut, beliau turut membincangkan mengenai beberapa perkara khususnya tentang pendidikan murid dan pembangunan sekolah.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat komited dalam memastikan murid belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat.

Turut hadir, YB Tuan Wong Tack, Ahli Parlimen Bentong; YB Kamache Doray Rajoo, ADUN Sabai dan Tuan Hj Abdul Rahim Mohd Yunus, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Pahang.

 
 
(UKK 21 Jun 2019)
  • Hits: 3115

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Jun 2023, 16:23.