KPM dan FINCO Jalin Kerjasama Tingkat Kualiti Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan The Financial Industry Collective Outreach (FINCO) hari ini memgumumkan kerjasama bersepadu dalam program aspirasi kehidupan dan kemahiran berbahasa Inggeris di seluruh negara menjelang tahun 2021.

Matlamat utama FINCO adalah untuk membantu golongan belia yang kurang bernasib baik dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka menerusi pendidikan.

Kesepakatan FINCO dan KPM dilihat menerusi program rintis FINCO iaitu FINCO READS dan FINCO MENTOR di 37 buah sekolah melibatkan 81 orang guru dan hampir 4,000 pelajar.

Mengulangi pendirian KPM, YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berkata kerjasama sektor swasta dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara adalah amat dialu-alukan.

"Terima kasih kepada Pengerusi FINCO YBhg. Tan Sri Azman Hashim dan FINCO keseluruhannya atas bantuan, komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang diberikan."

Sementara itu, YBhg. Tan Sri Azman berkata, mengenai empat strategi FINCO iaitu aspirasi kehidupan, kemahiran berbahasa Inggeris, pengurusan kewangan dan pengurusan bencana bagi melengkapkan para pelajar dengan kemahiran kendiri seterusnya merealisasi cita-cita mereka.

Majli pelancaran progam ini berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, YBhg. Datuk Abdul Farid Alias, Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia;

YBrs Encik Abu Hassan Alshari Yahaya, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia; YBrs Clare Walker, Ketua Pegawai Eksekutif FINCO dan YBrs Ismail Musa, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

(UKK 3 April 2019)

  • Hits: 5845

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Disember 2023, 12:22.