KPM - NUTP Pergiat Kerjasama Memartabat Dan Memperkasa Guru-Guru Di Seluruh Negara
NUTP merupakan kesatuan yang mewakili lebih 230 ribu guru dari seluruh Malaysia yang giat menggembleng tenaga dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan usaha-usaha berkaitan memartabatkan dan memperkasakan guru-guru di seluruh negara.
Hari ini, YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Ibu Pejabat NUTP di Wisma NUTP, Kuala Lumpur.
Memetik kata-kata YB Dr Maszlee berkenaan pemerkasaan guru yang telah berjaya dilaksanakan di mana beban guru misalnya, sudah dihapuskan sebanyak 50% dan masih sedang menyemak beberapa perkara lagi untuk terus memastikan beban guru dapat diringankan.
Harapan beliau agar segala kebajikan guru tidak terabai dan pendidikan anak-anak kita juga tidak dipinggirkan.
- Hits: 4532