KPM Kukuh Kerjasama Perangi Isu Dadah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat mengalu-alukan kerjasama dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menerusi Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di semua sekolah seluruh negara.
 
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching berkata bagi memastikan PPDa berjalan lancar, KPM telah menempatkan pegawai-pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara.
 
"Pegawai-pegawai ini perlu peka terhadap masalah dadah dan KPM dari semasa ke semasa akan memantapkan lagi PPDa di JPN, PPD dan sekolah," katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Bilik dan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 bersempena Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan kali ke-43 di Shah Alam. 
 
Turut hadir, Naib Yang Dipertua PEMADAM, Dato' Abdul Fattah Mahmood dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Muhamad Radzi Abdullah.
 
YB Puan Teo turut menyampaikan Anugerah Bilik dan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) kepada sekolah-sekolah yang terlibat. 
 
Sebanyak 64 buah sekolah menyertai pertandingan berkenaan yang bermula pada 2 hingga 31 Oktober 2018.
 
 
 
(UKK 26 Mac 2019)
  • Hits: 4462

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2023, 10:39.