Konsert DiRaja KPM 2019
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Konsert DiRaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2019 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan isteri YBhg. Dr. Hamidah Mat, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas.
Lebih 130 pelajar dan guru mengambil bahagian dalam Konsert yang berlangsung selama dua jam itu mempersembahkan rangkaian lagu-lagu malar segar dan terkini. Antara mereka yang akan turut menjayakan konsert itu termasuk bintang rancangan realiti televisyen Ceria Pop Star, Kiki (Mohd FikriIzudin) dan pelakon, Nana (Nurul Maimanah) serta penampilan khas Aida Jebat.
Konsert anjuran bersama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) serta Bank Simpanan Nasional (BSN)dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Istana Budaya itu juga menjadi pentas bagi generasi muda mempamerkan bakat serta potensi mereka dalam bidang seni persembahan merangkumi muzik, tarian, teater dan seni visual.
Kali terakhir konsert seumpama ini diadakan adalah pada tahun 2009.
- Hits: 4721