Kita Bina Perpaduan Bersama

Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 bertukar meriah dengan kehadiran YAB Dato Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri bersama beberapa Menteri Kabinet antaranya YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

Lawatan ke sekolah ini menyokong usaha sekolah menerapkan semangat perpaduan di kalangan murid dan pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di sekolah rendah dan menengah. Kita bina perpaduan bersama.

Tahniah juga kepada SMK Pusat Bandar Puchong 1 yang juga turut terpilih sebagai Tuan Rumah bagi pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 11 Januari 2020.

(UKK 8 Januari 2020) 
 
  • Hits: 4189

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.