#KidsTakeOverParliament: Kita Peduli
Bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada hari ini, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail telah menyempurnakan Program #kidstakeoverparliament: Kita Peduli yang diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Majlis yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut dihadiri oleh YB Tan Sri Dato Mohamad Ariff Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.
#Kidstakeoverparliament merupakan salah satu platform dalam memperkasakan suara kanak-kanak di seluruh dunia untuk didengari agar kanak-kanak berpeluang dalam menyuarakan pandangan dan cadangan kepada pemimpin negara mengenai isu-isu yang melibatkan mereka.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk memastikan kanak-kanak agar sentiasa disayangi, dilindungi dan yang paling utama, membesar dalam persekitaran yang selamat.
- Hits: 3055