Kejohanan Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka Edisi ke-10 2019
Persembahan penuh seni dan ketangkasan menumbangkan pihak lawan berjaya memukau para juri hingga menobatkan Muhamad Amierul Ashraf Muhammad sebagai Pesilat Terbaik Putra Antarabangsa mewakili Malaysia PST selain turut memenangi Kategori Solo Kreatif dan Regu Putra. Sementara Nur Adilah Muhamad Zamri yang juga dari Malaysia PST memenangi Pesilat Terbaik Putri Antarabangsa menewaskan pesaing dari Universiti Thailand, Narinthira Rungrod selain Nur Adilah turut memenangi emas bagi Silat Olahraga Kategori D Putri Antarabangsa.
Sukan silat merupakan warisan tradisi penuh peradaban bagi masyarakat Melayu yang kini turut menjadi pilihan sukan di peringkat global.
Kejohanan Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka Edisi ke-10 2019 yang berlangsung sejak 25 November yang lalu menutup tirainya hari ini dengan perasmian penutup oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sebanyak 284 pingat dipertandingkan yang menyaksikan UiTM ELIT menjadi juara keseluruhan Kategori IPT Tempatan memenangi 12 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Sementara Malaysia PST menjadi juara keseluruhan Kategori Antarabangsa membawa pulang 11 emas, 2 perak dan 2 gangsa.
- Hits: 3349